SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
SK.DATO’ SHAH BANDAR REMBAU
Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Pusat Lubok China Rembau. Sekolah ini telah diasaskan pada awal tahun 1900 di Kg Nerambai. Guru Besar pertama, AY Tn. Hj. Abdullah b Dato’ Muda (mulai 16.08.1915)
Operasi sekolah telah dipindahkan ke bangunan baru (lokasi sekarang) dan telah dirasmikan oleh Y.T.M Dato’ Sedia Raja Adnan Bin Maah, Undang Luak Rembau pada 28 Julai 1965. Murid sekolah ini pernah mencecah 200 orang pada penghujung tahun 70-an.
Sekolah ini telah bertukar nama kepada SK. Dato’ Shah Bandar Rembau pada 01 April 1978.Sehingga kini, 19 orang guru besar telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan untuk menerajui sekolah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.